Friday, October 24, 2008

PENGUMUMAN PENTING: HARGA MINYAK AKAN TURUN

Pulau Pinang 24-10-2008:

Sehingga 7.28pm tadi, Harga minyak dunia telah jatuh ke Paras USD63.87 setong, lebih kurang 50% penurunan sejak harga minyak naik ke tahap paling tinggi pada bulan Jun yang lalu. Harga jualan minyak petrol sejak itu telah dinaikkan kepada RM2.70 seliter. Walau bagaimanapun, keprihatinan kerajaan negara kita telah membawa kepada penurunan harga jualan minyak petrol selepas itu kepada RM2.55 seliter, kemudian RM2.45 seliter, dan yang terkini RM2.30 seliter.

Memandangkan penurunan harga minyak dunia yang begitu banyak, lebih kurang 50% sejak tahap tertingginya, kerajaan negara Malaysia telah berkeputusan menurunkan lagi harga,

PENGUMUMAN

SEJAJAR DENGAN KEADAAN DAN HARGA PASARAN MINYAK DUNIA TERKINI, ADALAH DIUMUMKAN DI SINI BAHAWA

HARGA MINYAK ANGIN (UNTUK SEMUA JENAMA)

AKAN TURUN SEBANYAK RM0.55 SELITER, BERKUATKUASA MULAI BESOK.


SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KERANA MENYOKONG EKONOMI NEGARA, KEPADA SESIAPA YANG MEMBELI MINYAK ANGIN MELEBIHI 50 LITER SEKALI GUS
AKAN DIHADIAHKAN MILOOOO 2KG SETIN. (SEMENTARA STOK MASIH ADA. )

CEPAT. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.


No comments: