Wednesday, October 22, 2008

Pembohongan dan Penyelewengan Intelektual Negara Terhadap Sekalian Malaysian

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Artikel ini bersama pandangan terhadapnya saya petik daripada blog tukar tiub dari http://tukartiub.blogspot.com/ , selepas membacanya, saya dapati seolah-olah beliau telah menyebut apa yang saya fikirkan, dan oleh yang demikian ia dipaparkan dalam blog saya untuk tatapan ramai.


KONSEP KESAMARATAAN TIDAK SESUAI DIAMALKAN - malayau
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Konsep kesamarataan yang dituntut oleh kaum bukan Melayu masih tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini kerana kaum Melayu dan bumiputra masih jauh ketinggalan.Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah (gambar) berkata, jika dilihat dari aspek pegangan ekuiti secara individu, orang Melayu sebenarnya hanya memegang tiga peratus sahaja.Katanya, pencapaian ekuiti bumiputera yang dikatakan sebanyak 18 peratus itu adalah satu petunjuk kasar bagi statistik pemilikan aset yang tidak zahir iaitu pemilikan saham syarikat yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur.

kah kah kah…. saekor lagi kang kong bercakap…. bukan orang BUKAN MELAYU sahaja yang nak kesamarataan…. ORANG MELAYU pun nak tuntut KESAMARATAAN…. kang kong ini ingat melayu bodoh....kah kah kahkang kong ni saje yang dapat kontrek?…. anak kamu saje yang nak dapat biasiswa?... kroni kamu saje yang nak hidup senang?… kamu saje yang nak ada rumah selesa… yang lain duduk di kampung kerinchi… berasak-rasak macam dalam kandang lembu…kah kah kah…..tidur berhimpi-himpit....kamu saje nak selesa?.... orang lain tak boleh sama macam kamu..... kah kah kahkah kah kah… jangan gunakan BANGSA LAIN lain sebagai alasan nak TIPU ORANG MELAYU…. kah kah kah…. cukuplaaaa …. dah lama orang melayu kena kelentong….. kang kong ni lulusan mana?.... jamin lulusan sintok…kah kah kahyang TIDAK SESUAI diamalkan ialah kang kong yang tak ada ilmu… kah kah kah


Kilimanjaro:
Saya sebagai ahli masyarakat bukan Melayu dalam Malaysia tercinta ini ingin berterima kasih kepada penulis blog tukartiub yang BERFIKIRAN OBJEKTIF. Seringkali, apabila Konsep Kesamarataan or Equal Rights dibincangkan atau dibentangkan secara terbuka, ia menjadi satu isu, dan barangkali satu isu yang besar. Ahli-ahli politik yang TIDAK BERETIKA DAN BERKEPENTINGAN DIRI SENDIRI seringkali mempergunakan isu itu untuk agenda tersembunyinya sendiri.

Apabila isu kesamarataan dibincangkan secara terbuka, ahli-ahli politik tertentu akan bersuara, akan bersuara secara lantang, secara begitu emotional, dan subjektif. Setiap kali pertikaiannya, tak lain tak bukan, mereka yang JAHAT ini sentiasa cuba "mempotraitkan" bahawa Masyarakat Bukan Melayu di Malaysia INGIN MENGUGAT Kedudukan dan Kepentingan Kaum Melayu. Isu ini DISALAHGUNAKAN untuk menunjukkan bahawa apa-apa feedback yang menyokong KESAMARATAAN UNTUK RAKYAT adalah bersamaan dengan MENGUGAT KENPENTINGAN MELAYU, DAN SETERUSNYA MENGUGAT KESTABILAN POLITIK NEGARA, KEAMANAN NEGARA.

Kesamarataan yang dimaksudkan, Kesamarataan yang UNTUK SEMUA, TANPA MENGIRA KAUM, AGAMA, NEGERI asalkan anda seorang MALAYSIAN.

Apa yang dapat dilihat terutamanya di kawasan bandar sekarang,
adakah peluang pekerjaan untuk kawan Melayu tergugat?
adakah cuma orang-orang cina sahaja yang pakai kereta, yang shopping di sopping centre, yang makan di restoran, yang berhidupan mewah?
adakah mana-mana pihak yang dipinggirkan?

Konsep Kesamarataan sekiranya dipraktikan secara efisien, tanpa berlakunya penyelewengan, sebenarnya adalah langkah jangka panjang yang PATUT DIPERTIMBANGKAN MALAH DILAKSANAKAN SEGERA demi pembangunan negara yang berkesan dan berterusan. Persaingan yang sihat antara satu sama lain adalah pendekatan yang terbaik untuk kemajuan.

Dalam arus pemodenan, tidak ada siapa yang patut dippinggirkan ,atau dilupakan. Yang miskin, yang susah, yang kurang upaya, TETAP WAJIB DIJAGA, TANPA MENGAMBILKIRA LATAR BELAKANGNYA.

Malangnya, Prinsip ini seringkali disalahgunakan oleh pihak pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. Isu disalahtafsirkan, Sentimen disalahgunakan, Objektif asal dilupakan.

Kalau adanya peluang, cuba tanya kepada kebanyakan kawan-kawan Melayu yang mampu membeli rumah baru kos sederhana dan kos tinggi, samada mereka inginkan unit dengan diskaun bumiputera atau tanpa diskaun. Kebanyakan akan menjawab bahawa yang tanpa diskaun akan dipilih. SEBAB UTAMA: Unit Bumi AGAK SUKAR DIJUAL MASA AKAN DATANG memandangkan pasaran atau marketnya terhad kepada bumi sahaja, walhal yang lain adalah OPEN MARKET.
THIS IS A MATTER OF FACT, A COMMONLY ACCPETED FACT.

Malangnya, masih ada yang ingin mempergunakan sentimen ini untuk mengapi-apikan keadaan yang sepatutnya aman damai, kononnya pindaan sesetengah polisi akan menggugat kepentingan dan hak istimewa, malah membahayakan kestabilan dan keharmonian negara .