Friday, September 19, 2008

Cakap Serupa Bikin.....Kah??

Kuala Lumpur 18 September 2008: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Parlimen mengadakan sidang khas untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.....

Abdullah juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) "terhadap Anwar atau sesiapapun".

"Saya tiada apa-apa rancangan untuk mengenakan ISA kepada sesiapa pun. Saya tidak kata apa-apa pun. Kalau ada orang terasa dia nak kena ISA itu, mungkin dia rasa bersalah, saya tidak tahulah," katanya.



Asalnya, kenyataan Pak Lah seharusnya dipandang secara positif. Walaubagainamapun,
masih dalam ingatan Kilimanjaro bahawa beberapa bulan yang lepas, apabila secara hangat dibincangkan atas surat khabar isu kenaikan harga minyak.... Kerajaaan Persekutuan (Pak Lah) meyakinkan bahawa tidak akan ada kenaikan harga minyak sekian tarikh.... dan cuba lihat apa yang jadi.... tak sampai seminggu kenyataan yang lepas (harga minyak tak naik lagi) diumumkan,tiba-tiba sahaja diumumkan oleh beliau, harga minyak dinaik sehingga RM2.70 seliter....

Bagaimanapun, harus kita berpandangan positif terhadap kenyataan yang diberi(oleh beliau). Saya rasa tidak akan ada ISA untuk DSAI kut.......
emmm...Wa tak tahu lor.......
hahahahahaha

Kilimanjaro, 19 September 2008