Tuesday, December 2, 2008

BN Senantiasa Cakap Tak Serupa Bikin


2-December-2008

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan polemik secara terbuka sebaliknya mereka perlu mengutarakannya melalui saluran dalam BN. TPM berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan BN mengalami kerugian apabila parti-parti komponen itu dilihat sentiasa berada dalam pertikaian dan bermasalah kerana wujud perbezaan pendapat yang dinyatakan secara terbuka.


Putrajaya: Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yasin berkata hari ini bahawa tindakan Presiden PPP Datuk M.Kayveas pada hari Ahad yang lepas yang mengatakan bahawa PPP tidak akan bertolak ansur dan akan bertindak undur dari Barisan Nasional sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA tidak dimansuhkan. Menurutnya, ini merupakan suara akar umbi Pemuda dan Wanita PPP dan tidak harus beliau abaikan. Muhyiddin Yasin Berkata, Pemimpin BN bebas menyuarakan sebarang pandangan atau cadangan beliau, dengan syarat ia melalui saluran yang betul dan sah, iaitu dalam sidang Majlis Tertinggi BN. Tindakan Kayveas seolah-olah sedang menguguti BN.


Kuala Lumpur: Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata dalam media tempatan hari ini bahawa kerajaan harus menghapuskan sistem pendidikan vernakular yang membenarkan kewujudan pendidikan pelbagai aliran bahasa, kerana ianya menggugat kesatuan dan perpaduan rakyat. Menurutnya, sistem persekolahan tunggal yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium utama merupakan satu-satunya cara untuk menangani masalah polarisasi perkauman.



Hello Hello Hello..... apa yang sedang berlaku ni? Di sini, TPM berkata hal dalaman jangan dibentangkan secara terbuka, baik cakap dalam ofis, cakap dalam bilik mesyuarat, cakap sesama sendiri dalam BN...... (atau sebaik-baiknya diam saja la...... tak usah bising la...... diam la.... sekurang-kurangnya kan anda dah boleh jadi YB, menteri, pegawai kerajaan ...... hahahaha)

Di sana pula Muhyiddin hentam sama Kayveas, katakan Kayveas ini tak baik cakap terang terang di media kata nak keluar dari BN,......(Muhyiddin, sudah lupakah anda turut sedang bercakap di hadapan media, dapat publisiti murah, Kayveas nak juga publisiti, kalau tidak macam mana dia nak dapat sokongan anak buahnya......???? )


Dalam arena yang lain, Mukhriz pula cakap sistem persekolahan pelbagai aliran tak baik..... kena hapuskan, tinggal aliran bahasa Melayu, rakyat baru boleh bersatu-padu. Hello...Hello... hello... Datuk Najib, ini Muhyiddin Yasin cakap dalam bilik air sama sendiri kah? Ini Mukhriz cakap dalam bilik ofis dia sendiri sama dinding kah? Kalau ya, apasal apa yang dicakap boleh terdedah di hadapan media????? So, munkee 2 orang ini tak salah? Siapa yang dedahkan semua ini kasi paper tahu?? Udara yang kasi ini terbongkar kah??

Then, Kayveas saja yang salah kah? Ong Tee Keat saja yang salah kah? Chua Soi Lek saja yang salah kah??? Zaid Ibrahim saja yang salah kah??? Samy Vellu Talak Salah kah??

Inilah BARISAN NASIONAL yang telah 50 tahun memerintah negara Malaysia yang tercinta. Malaysia Boleh!



Hello, Hello Hello, Munkee di Zoo Taiping pun ada tahu sekarang ini period Kempen pilihanraya parti UMNO, JADI SEMUA MAHU JADI HERO LA..,........SEMUA MAU PUBLISITI murah...... HARI HARI MAU LO.......


Semua dia orang ni BANYAK PANDAI, tahu gunapakai Media untuk agenda sendiri. Cuma RAKYAT SAJA TIDAK, semuanya TERPEDAYA!!!!


CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Syabas Malaysia!!!!!